Salam semua.
Keputusan pilihanraya negeri Sarawak telah diketahui semalam. BN masih lagi mengekalkan penguasaaan 2/3 kerusi DUN Sarawak. Walaubagaimanapun, pengusaaan BN di kawasan bandar telah berkurangan di mana pengundi2 di kawasan bandar lebih cenderung memilih parti pembangkang untuk menjadi wakil mereka. Di lihat pada keputusan semalam, perlu ada perubahanan besar2an pada parti pemerintah sekarang jika mahu mengekalkan kuasa pada PRU 13 nanti. Untuk para pelabur, PRU 13 nanti juga akan memberi impak pada pasaran saham. Maka perlulah pelabur2 mengikuti perkembangan politik semasa untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kesilapan pelaburan.
Minggu ini saham2 yang perlu di beri perhatian adalah saham2 sarung tangan getah seperti TOPGLOV, SUPERMX, HARTA, ADVENTA & KOSSAN kerana pada minggu lepas harga getah telah mula jatuh. Pada saya, harga getah akan memulakan trend penurunanan kerana telah 2 kali gagal melepasi rintangan pada 1085sen. Pertama kali pada hujung Februari lalu dan sekali lagi gagal pada minggu lepas. Walaupun begitu, perlu juga di beri perhatian pada harga 'crude oil' & 'gold' yg mula untuk naik semula selepas jatuh agak banyak pada minggu lepas. Kerana jika harga komoditi ini naik, komoditi2 lain juga akan turut ikut naik termasuklah getah.
Saham PROTON juga kelihatan agak menarik sekarang tetapi masih kurang volume nya. Berdasarkan peratusan penjualan kereta Proton pada suku pertama tahun 2011, saya menjangkakan proton boleh mencapai keuntungan pada suku 4 tahun kewangan 2010/11. Jika ini berlaku, saham PROTON boleh kembali pada paras RM4 lebih. Walaupun begitu, saham PROTON ini bukanlah untuk 'short term trading' tetapi sesuai untuk 'mid term investment'.
Pada minggu lepas saya ada masukkan GUNUNG dalam senarai perhatian saya dan saham ini telah naik pada hari Khamis dan pada sessi pagi Jumaat lepas. Berdasarkan pemerhatian saya, saham ini mempunyai risiko yg agak tinggi iaitu tiada pembeli pada waktu2 biasa. Saham ini adalah tidak sesuai untuk short term trading kerana kurang pembeli, menyebabkan agak sukar bagi kita untuk cut loss jika berlaku sebarang penurunan harga. Modal kita akan tersimpan pada saham ini untuk jangkamasa yg lama jika kita masih tunggu harga saham ini untuk kembali naik. Kita akan terlepas peluang pelaburan pada saham2 yg lain.
Saham2 lain yg ada dalam senarai saya adalah MRCB, UEMLAND, KENCANA, PCHEM, MUDAJYA & FITTERS. Saya akan tunggu peluang untuk melakukan short term trading pada saham2 ini yg saya jangkakan akan berlaku dalam jangkamasa terdekat ini kerana dijangkakan pasaran akan kembali rancak selepas melihat keputusan pilihanraya Sarawak yg lepas dan kembali naiknya pasaran saham di seluruh dunia.
Selamat melabur.
No comments:
Post a Comment