Salam semua,
Minggu ini saya tidak menjangkakan apa2 kejutan dalam pasaran saham kita. Kemungkinan pasaran masih akan menumpukan perhatian pada ACE market. Walau bagaimanapun saya rasakan kenaikan pasaran ACE adalah lebih bersifat sementara dan mungkin penjualan akan bermula minggu ini.
Pada minggu ini saya akan ambil langkah tunggu dan lihat memandangkan tiada apa2 petunjuk tentang arah pasaran. Saham2 yg dalam pemerhatian saya adalah PROTON & rubber glove. Saya jangkakan PROTON mempunyai peluang untuk naik ke paras RM4 pada bulan Mei nanti kerana prestasi jualan kereta yg memberangsangkan pada suku pertama tahun ini. Saham2 rubber glove bergantung pada harga getah semasa & kadar tukaran ringgit dan USD. Harga getah ditutup minggu lalu pada nilai 1015sen dan saya akan ikut perkembangan harga getah pada minggu ini untuk mencari petunjuk arah saham2 berkaitan getah.
Selamat melabur.
No comments:
Post a Comment