Setiap pelabur mempunyai strategi masing2 apabila mereka melabur di pasaran saham. Ini dilakukan secara sedar atau pun tidak oleh para pelabur. Biasanya pelabur2 yg berpengalaman tahu strategi yg mana adalah paling sesuai untuk diri mereka. Bagi pelabur2 baru, mereka rasa yg mereka tidak ada strategi tertentu, padahal mereka telah memilih secara tidak sedar strategi pelaburan mereka. Sebenarnya tidak ada strategi yg salah dalam dunia pelaburan saham ini, cuma pelabur perlu tahu tahap risiko dan masa yg mereka ada untuk membuat analisa saham.
Risiko pelaburan saham yg paling utama ialah kehilangan modal. Pelabur perlu tentukan tahap kehilangan modal yg sanggup mereka terima. Ada pelabur yg boleh terima jika 100% modal mereka hilang di pasaran saham kerana mungkin peruntukan modal untuk pelaburan saham ni cuma 5% sahaja dari keseluruhan modal mereka. Jadi, jika rugi pun, mereka masih ada 95% lagi wang meraka di pelaburan yg lain. Tetapi bagi pelabur yg memperuntukan peratusan yg besar dari simpanan meraka di pasaran saham, mereka perlulah meminimumkan peratusan kerugian mereka. Mereka perlu ada 'cut loss' strategi, iaitu strategi untuk menjual pegangan saham apabila saham yg mereka beli itu rugi. Berapa peratus yg pelabur sanggup tunggu bergantung pada strategi masing2. Ada yg tunggu sehingga 20%, 10% atau cuma 5 % sahaja.
Ramai pelabur yg sebenarnya tidak dapat terima yg pelaburan mereka gagal. Mereka sanggup tanggung kerugian atas kertas (paper loss) pelaburan mereka. Ada yg sanggup tunggu berbulan-bulan atau bertahun-tahun dengan harapan saham mereka akan naik balik. Saya ada 2-3 rakan yg melabur dalam warrant, masih pegang warrant2 yg rugi padahal tempoh expired warant2 telah hampir dan akhirnya wang mereka hilang begitu sahaja apabila warant tersebut dikeluarkan dari diniagakan. Saya tanya kenapa mereka masih pegang walaupun sudah rugi, mereka kata mungkin tempoh expired itu akan diubah atau akan ada last minute buying untuk naikkan harga warrant dan macam2 alasan lagi. Semua itu adalah alasan untuk nenyedapkan hati masing2. Dalam situasi macam ini, kita perlu ketepikan istilah mengharap itu dalam diri kita dan berpegang pada strategi pelaburan kita iaitu cut loss.
Saya biasanya tidak akan pegang saham2 yg rugi terlalu lama. Paling lama pun cuma 2 minggu sahaja jika harga saham itu stabil atau pun cut loss secepat mungkin jika saya tahu yg saham itu akan terus jatuh lagi walaupun baru beli sahaja membeli saham tersebut.
Ada satu lagi situasi di mana pelabur memegang saham2 yg tidak bergerak (side way trading) terlalu lama. Ini akan lebih merugikan jika keadaan pasaran tengah menaik di mana saham2 dalam sektor lain tengah naik tetapi saham yg kita beli tidak naik kerana ia bukanlah berada dalam sektor pilihan pelabur2 lain pada masa itu. Kita sepatutnya jual saham2 yg tidak bergerak itu dan beralih kepada sektor2 yg tengah menjadi pilihan pelabur kerana tidak mahu terlepas peluang bull market yg sedang berlangsung. Bull market biasanya tidak lama.. cuma 3-6 bulan sahaja dalam setahun. Jadi, janganlah kita terlepas bull ini kerana terlalu mengaharap pada saham2 yg kita sudah beli walaupun ia tidak bergerak.
Ada banyak lagi strategi2 lain yg perlu pelabur tahu untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian dalam pasaran saham. Walau macammanapun, sebelum menggunakan mana2 strategi, perlulah kita mempelajari dan menambahkan ilmu pelaburan kita melalui rakan2, buku atau internet supaya strategi yg kita pilih itu nanti adalah strategi yg sesuai dengan cara pelaburan kita.
No comments:
Post a Comment