Salam,
Mulai minggu ini saya akan cuba masukkan snapshot pasaran saham hari2 terpilih serta kaunter2 yg saya rasakan agak menarik pada minggu tersebut.
Gambar di atas adalah senarai kaunter2 yg paling aktif pada Jumaat minggu lepas. Apa yg boleh saya simpulkan adalah kauter paling untung & paling rugi adalah kaunter yg berkaitan dengan harga minyak mentah yg jatuh merudum minggu lepas. AIRASIA.. naik disebabkan harga minyak yg murah & PCHEM jatuh juga disebabkan harga minyak yg murah.
Minggu ini saya menjangkakan pasaran masih akan dipengaruhi oleh harga komoditi2 yg agak volatile sekarang. Kaunter2 yg perlu diberi perhatian adalah kaunter 'Rubber Glove' (TOPGLOVE, SUPERMX, HARTA, LATEXX & KOSSAN) & juga kaunter2 berkaitan besi (MASTEEL, MELEWAR, PMETAL, LIONIND). Rubber glove dalam keadaan stabil sekarang walaupun keseluruhan pasaran merudum dan kaunter besi kebanyakannya semua telah jatuh agak teruk pada minggu lepas. Jika berlaku 'rebounce' pada komoditi, kaunter2 besi ni pasti akan turut naik. Jadi, komoditi adalah amat penting & kritikal buat masa sekarang.
Selamat Melabur.

No comments:
Post a Comment