Salam,
Minggu lepas kita lihat pasaran dunia masih lagi meneruskan trend menurun, manakala pasaran kita agak stabil dan ada juga saham2 yg terus naik. Bagi saya, ini adalah petanda yg baik untuk market kita untuk jangkamasa panjang di mana fund2 yg besar dilihat masih lagi memegang saham2 yg berkualiti.
Kenapa pasaran kita tidak jatuh tapi pasaran dunia yg lain jatuh. Pada pendapat saya, pasaran dunia yg lain membenarkan aktiviti 'short selling' untuk mengambil untung, manakala bagi pasaran kita, 'short selling' adalah tidak dibenarkan. 'Short selling' adalah satu aktiviti penjualan saham yg tidak dimiliki oleh pelabur dan pelabur perlu membeli balik saham2 yg dijual dalam jangkamasa tertentu. sama macam T+3. Jika pelabur jual pada harga yg tinggi, dan beli balik pada harga yg murah, perbezaan harga itu adalah keuntungan mereka dan jika jual dahulu & terpaksa beli pada harga yg lebih tinggi, perbezaan harga itu adalah kerugian mereka. Sebab itu kita lihat bila satu2 pasaran sedang downtrend dalam minggu itu, akan ada satu hari pasaran tersebut akan rebounce. Pada hari tersebut berkemungkinan short seller terpaksa membeli saham2 yg mereka telah jual samada untung atau rugi.
Kita ambil contoh Dow Jones minggu lepas. Selepas jatuh selama 6 hari berturut-turut, pada hari Khamis lepas, ia naik dgn agak tinggi, Bagi saya, kenaikan ini adalah disebabkan short seller terpaksa membeli balik saham untuk mengelakkan kerugian yg lebih besar jika pasaran terus naik. Dan keesokan harinya, Dow Jones jatuh balik dgn lebih banyak. Sememangnya Dow Jones sekarang dalam trend menurun dan kita di sini perlulah mengambil langkah berhati-hati sebelum membuat pembelian kerana secara tak langsung, Dow Jones boleh mempengaruhi pasaran kita dan pasaan dunia yg lain. Buat masa sekarang, cuma trading style 'hit & run' adalah yg paling sesuai, belum masanya untuk beli dan simpan kerana kita masih tidak tahu arah pasaran samada naik atau turun dalam jangkamasa terdekat ini.
Untuk saham2 pilihan minggu ini, saya akan lihat dahulu market hari Isnin & Selasa ini untuk mengetahui mana saham yg sesuai untuk 'hit & run'. Untuk saham2 seperti BIMB & MHB, berkemungkinan ia akan jatuh minggu ini tetapi perhatikan volume mereka, jika jatuh dgn volume yg sedikit, saya pasti, saham ini akan rebounce balik. memang sesuai untuk hit & run. Saham lain yg dalam perhatian saya adalah WASEONG, KULIM, MASTEEL & JCY. Tetapi saya akan perhatikan trendnya dahulu sebelum melakukan sebarang pembelian.
selamat melabur.
BRO,SAHAM MITRA BOLEH HOLD TAK?
ReplyDeletesatu pengetahuan baru bagi saya bab 'short selling' walaupun tak berapa jelas,..nampak gaya minggu ni kena perhati dulu sebelum buat apa2 keputusan...i followww.
ReplyDeletesalam, betul la bro uli dah naik pagi ni
ReplyDelete