Minggu ini nampak macam world market nak melakukan sedikit rebounce. Begitu juga dengan bursa kita. Kemungkinan akan ada saham2 boleh naik dalam masa 2-3 hari ni. Pada masa2 macam ni, saya rasakan saham2 speculatif adalah agak menarik. Tetapi kena ada strategi untuk trade saham2 sebegini. Perhatikan volumenya. Jika volume agak tinggi pada sebelah pagi dan menghampiri volume semalam, berkemungkinan saham ini boleh terus naik untuk hari tersebut. Perlu saya peringatkan, saham2 sebegini adalah berisiko tinggi. Perlu berani untuk 'cut loss' jika saham tersebut turun dan saya memang tak simpan saham2 sebegini. Ada untung saya jual.
Saham2 pilihan saya adalah:
CBSA - 2-3 hari ni saya lihat volume dia agak banyak. Jatuh pada sebelah pagi tetapi naik semula dgn volume pada sebelah petang. Agak menarik untuk trade esok.
EFFICEN - volume agak tinggi kebelakangan ni. Minat memang ada pada saham ni dan saya menjangkakan saham ni boleh naik jika volume dia meningkat.
KZEN - saham ni ada volume tetapi hari ni telah naik agak tinggi. mungkin akan naik sebelah pagi esok dah akan jatuh balik. Saya ada dapat duit kopi sikit kat saham ni hari ni.
MCLEAN & IJACOBS - kedua-dua saham ni baru public listed tetapi telah jatuh dengan agak banyak. Hari ini dilihat ada trend membeli pada saham2 ini. Jika volume membeli meningkat, berkemungkinan saham2 ini boleh rebounce untuk 1-2 hari ini.
Saham2 lain yg kurang speculatif yg menjadi pilihan saya adalah:
JCY - Kelihatan macam dah jumpa support dan mula untuk naik semula. Sesuai untuk swing trading. saya pilih JCY-CD untuk trade. Exercise price :RM0.70. expired date : 02 / 2012 dan ratio dia 1:1. ratio dia yg menarik perhatian saya kerana susah nak dapat call warrant yg ratio dia 1:1.
MRCB - Kelihatan seperti ada minat membeli hari ini. Medium term saya rasa saham ni memang boleh naik.
happy trading
No comments:
Post a Comment