Minggu ini saya jangka pelabur akan lebih berhati-hati dalam membuat pembelian kerana faktor2 luaran di Greece & US. Di lihat pada pasaran US, indek S&P telah jatuh lebih 7% dari paras tertinggi pada bulan Mei dan begitu juga pasaran2 asia yg lain seperti Hang Seng, Strait Times & Shanghai Composite. Indek kita masih lagi bertahan tetapi telah ada saham2 yg melakukan aktiviti pengambilan untung.
Pada minggu lepas, ada aktiviti pembelian pada saham2 telekomunikasi seperti AXIATA & GPACKET. Adakah ini permulaan untuk sektor ini bergerak naik. Saya memilih kedua2 saham ini sebagai leader untuk sektor ini dan jika saham2 ini meneruskan kenaikan, saham2 lain di dalam sektor ini juga akan turut naik. Saham2 lain dalam sektor ini adalah seperti MAXIS, REDTONE & YTLE. Walaubagaimanapun, masih terlalu awal untuk meyatakan sektor ini akan naik, tetapi saya akan masukkan sektor ini dalam minitoring list saya.
Saham2 pilihan saya minggu ini
GPACKET - Dilihat pada keputusan kewangan syarikat ini baru2 ini, saya menjangkakan minat belian dari fund2 manager akan bertambah. Saham ini adalah sesuai untuk beli dan simpan. Saya minat kepada GPACKET-WA.
KZEN - Volume saham ini tiba2 naik untuk bulan ini. Memang ada berita2 menarik untuk syarikat ini yg menyebabkan berlaku aktiviti pembelian. Saya lihat masih ada ruang lagi intuk saham ini naik. Walaupun begitu, saham ini bagi saya adalah hanya sesuai untuk trading.
No comments:
Post a Comment