Pemberitahuan: Segala tulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi penulis dan ia adalah bukan cadangan beli atau jual sesuatu saham. Penulis juga tidak bertanggung jawab jika belaku sebarang kesilapan, kekurangan atau kelewatan pada informasi yang ditulis. Sebarang keputusan adalah tanggungjawab pembaca sendiri.

Tuesday, June 7, 2011

Saham 7 Jun - 10 Jun 2011

Salam semua,

Minggu lepas kebanyakan market serata dunia jatuh, mungkin melakukan pembetulan. Walau bagaimanapun, bursa kita masih dapat bertahan. Untuk mengetahui sama ada market kita dapat bertahan atau tidak semasa market jatuh, perhatikan volume & nilai keseluruhan dagangan pada hari tersebut. Jika indek jatuh banyak tetapi jumlah & nilai dagangan agak kurang (RM 1 billion), maknanya market kita masih boleh bertahan dan sebarang kenaikan pada pasaran luar akan turun diikuti oleh bursa kita. Tetapi, secara keseluruhannya, pembetulan masih lagi berlaku pada pasaran luar dan ini perlu diberi perhatian kerana jika kejatuhan pasaran luar ni masih berterusan, bursa Malaysia juga tidak akan dapat bertahan dan akan turut serta melakukan penjualan. Biasanya bursa akan jatuh jika pasaran luar jatuh berterusan selama 2-3 minggu.

Minggu ini, saham2 yg menjadi pilihan saya adalah BIMB, MHB, MRCB, AIRASIA & DIALOG.

 BIMB - Nampak seperti sedang uptrend. Volume juga agak banyak. Mungkin boleh naik lagi. Saya main BIMB-CA. Expired bulan 12/2011. ratio 2:1. Naik dan jatuh agak laju. Timing kena betul untuk beli dan beli kecil-kecilan saja kerana kurang volume.

MHB - Cuba untuk break highest price hari ini tapi gagal. Mungkin akan jatuh balik dan cuba untuk break lagi. Swing trading agak menarik. Saya main MHB-CE kerana sekarang ada nilai dan expire bulan 2/2012. Cuma ratio dia 10:1. Naik agak perlahan tapi mempunyai ramai buyer. Beli bila jatuh.

MRCB - Mula untuk naik. Jika market naik.. saham ini pasti akan turut naik kerana saham ni memang ramai peminat dia.

AIRASIA - Bergantung pada harga minyak. Jika crude oil terus jatuh.. saham ini mempunyai potensi untuk naik lebih tinggi. Saya berminat dengan AIRASIA-CL.

DIALOG - Saham yg sedang uptrend. Naik slow & steady. Saya berminat dengan DIALOG-CC.. ada volume, expired bulan 2/2012 dan ada value. Beli bila jatuh.

Happy trading

2 comments:

  1. saham warrant siap bagi expire dan ratio,bagus..kalau leh bagi mother convert price sekali yer tq.

    biasa berbaloi tak tunggu expire?

    ReplyDelete
  2. Ok. lain kali saya akan cuba masukkan conversion price sekali.

    Warrant2 ni biasanya saya tak simpan sampai expire. saya guna untuk trade saja. Lagi pun kalau warrant ni tinggal 2-3 bulan lagi nak expire, saya dah tak main dah. Risiko dia sangat tinggi.

    ReplyDelete