Hari ini pasaran menunjukkan sesuatu iaitu... penjualan sedang berlaku. Pada awal pagi, indek jatuh sebanyak 27 mata dan seperti yg saya katakan sebelum ini, jika pasaran jatuh teruk, rebounce pasti berlaku. Sesiapa yg membeli di awal pagi tadi, petang tadi sudah boleh membuat sedikit keuntungan.
Pada saya, keadaan pasaran sekarang adalah tidak sesuai untuk menyimpan sebarang saham. Cara yg paling sesuai untuk melabur sekarang adalah 'hit & run'. Beli bila pasaran jatuh teruk dan jual bila ada keuntungan walaupun sedikit. Jangan mengharap sesuatu saham yg kita beli akan naik lebih tinggi. Keadaan pasaran sekarang adalah sangat berisiko. Bila2 masa sahaja saham yg kita beli atau pegang, boleh jatuh merudum. Ingat, beli dan bila ada untung jual atau bila rugi, 'cut loss' secepat mungkin. Capital kita adalah sangat penting sekarang. Boleh digunakan bila ada peluang pada masa hadapan. Atau pilah jalan selamat, tak perlu melabur sekarang. Simpan cash.
Walaupun pasaran jatuh sekarang, masih ada lagi saham2 yg saya rasa ada potensi untuk naik untuk jangkamasa pendek.
1. WCT - ada pemberian bonus & warrant. mungkin ini telah menarik minat pelabur2 untuk beli dan pegang saham ini. Beli bila jatuh dengan volume yg agak kurang.
2. KULIM - berkemungkinan ada teknikal rebounce dalam masa terdekat. Nampak seperti ada support sekarang. Harga terendah RM4.62. Sudah 3 hari betahan. Beli pada harga rendah. Jangan kejar bila dah terlepas.
Kulim naik. Terima kasih
ReplyDelete