Hari ini pasaran kembali jatuh setelah beberapa hari naik kerana 'technical rebounce'. Technical rebounce adalah keadaan di mana sesuatu saham naik untuk seketika setelah jatuh teruk beberapa hari sebelumnya. Kebiasaannya technical rebounce ni akan berterusan selama 2-3 hari sahaja dan akan stabil atau jatuh semula bergantung pada sentimen pasaran. Sekali lagi diberitahu, technical rebounce ini berlaku pada saham2 yg jatuh teruk sahaja.
Untuk pelabur2 jangkamasa panjang, keadaan ini adalah tidak sesuai untuk melabur dan utk 'daily trader', technical rebounce ini adalah sesuai untuk mendapatkan keuntungan yg cepat. Tetapi ini adalah untuk trader2 yg berpengalaman sahaja. Jika sesuatu saham itu telah naik, adalah dinasihatkan jangan mengejar saham2 tersebut. Biarkan sahaja ia berlalu kerana ia pasti akan jatuh semula kerana technical rebounce ini.
Walaupun pasaran jatuh hari ini, tetapi perhatikan volumenya. Jika volumenya agak rendah pada penutup nanti dan hari2 seterusnya, akan ada peluang pasaran akan melakukan technical rebounce semula. Jadi di sini, kepada trader2, sudah boleh la mencari saham2 yg sedang jatuh teruk sekarang untuk kita cari keuntungan cepat. Tetapi saya nasihatkan, belilah sedikit2 sahaja kerana tiada siapa yg pasti apa akan jadi pada pasaran. Apa yg saya kata di sini semuanya hanyalah ramalan sahaja dan berdasarkan pengalaman saya. Adakalanya juga apa yg saya jangkakan tidak berlaku seperti diharapkan. Jadi, melaburlah dengan bijak.
No comments:
Post a Comment