Pemberitahuan: Segala tulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi penulis dan ia adalah bukan cadangan beli atau jual sesuatu saham. Penulis juga tidak bertanggung jawab jika belaku sebarang kesilapan, kekurangan atau kelewatan pada informasi yang ditulis. Sebarang keputusan adalah tanggungjawab pembaca sendiri.

Monday, April 25, 2011

Saham minggu ini, 25 April - 29 April 2011

Salam semua,

Minggu ini saya tidak menjangkakan apa2 kejutan dalam pasaran saham kita. Kemungkinan pasaran masih akan menumpukan perhatian pada ACE market. Walau bagaimanapun saya rasakan kenaikan pasaran ACE adalah lebih bersifat sementara dan mungkin penjualan akan bermula minggu ini.

Pada minggu ini saya akan ambil langkah tunggu dan lihat memandangkan tiada apa2 petunjuk tentang arah pasaran. Saham2 yg dalam pemerhatian saya adalah PROTON & rubber glove. Saya jangkakan PROTON mempunyai peluang untuk naik ke paras RM4 pada bulan Mei nanti kerana prestasi jualan kereta yg memberangsangkan pada suku pertama tahun ini. Saham2 rubber glove bergantung pada harga getah semasa & kadar tukaran ringgit dan USD. Harga getah ditutup minggu lalu pada nilai 1015sen dan saya akan ikut perkembangan harga getah pada minggu ini untuk mencari petunjuk arah saham2 berkaitan getah.

Selamat melabur. 

Sunday, April 17, 2011

Saham minggu ini, 18 April - 22 April 2011

Salam semua.

Keputusan pilihanraya negeri Sarawak telah diketahui semalam. BN masih lagi mengekalkan penguasaaan 2/3 kerusi DUN Sarawak. Walaubagaimanapun, pengusaaan BN di kawasan bandar telah berkurangan di mana pengundi2 di kawasan bandar lebih cenderung memilih parti pembangkang untuk menjadi wakil mereka. Di lihat pada keputusan semalam, perlu ada perubahanan besar2an pada parti pemerintah sekarang jika mahu mengekalkan kuasa pada PRU 13 nanti. Untuk para pelabur, PRU 13 nanti juga akan memberi impak pada pasaran saham. Maka perlulah pelabur2 mengikuti perkembangan politik semasa untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kesilapan pelaburan.

Minggu ini saham2 yang perlu di beri perhatian adalah saham2 sarung tangan getah seperti TOPGLOV, SUPERMX, HARTA, ADVENTA & KOSSAN kerana pada minggu lepas harga getah telah mula jatuh. Pada saya, harga getah akan memulakan trend penurunanan kerana telah 2 kali gagal melepasi rintangan pada 1085sen. Pertama kali pada hujung Februari lalu dan sekali lagi gagal pada minggu lepas. Walaupun begitu, perlu juga di beri perhatian pada harga 'crude oil' & 'gold' yg mula untuk naik semula selepas jatuh agak banyak pada minggu lepas. Kerana jika harga komoditi ini naik, komoditi2 lain juga akan turut ikut naik termasuklah getah.

Saham PROTON juga kelihatan agak menarik sekarang tetapi masih kurang volume nya. Berdasarkan peratusan penjualan kereta Proton pada suku pertama tahun 2011, saya menjangkakan proton boleh mencapai keuntungan pada suku 4 tahun kewangan 2010/11. Jika ini berlaku, saham PROTON boleh kembali pada paras RM4 lebih. Walaupun begitu, saham PROTON ini bukanlah untuk 'short term trading' tetapi sesuai untuk 'mid term investment'.

Pada minggu lepas saya ada masukkan GUNUNG dalam senarai perhatian saya dan saham ini telah naik pada hari Khamis dan pada sessi pagi Jumaat lepas. Berdasarkan pemerhatian saya, saham ini mempunyai risiko yg agak tinggi iaitu tiada pembeli pada waktu2 biasa. Saham ini adalah tidak sesuai untuk short term trading kerana kurang pembeli, menyebabkan agak sukar bagi kita untuk cut loss jika berlaku sebarang penurunan harga. Modal kita akan tersimpan pada saham ini untuk jangkamasa yg lama jika kita masih tunggu harga saham ini untuk kembali naik. Kita akan terlepas peluang pelaburan pada saham2 yg lain.

Saham2 lain yg ada dalam senarai saya adalah MRCB, UEMLAND, KENCANA, PCHEM, MUDAJYA & FITTERS. Saya akan tunggu peluang untuk melakukan short term trading pada saham2 ini yg saya jangkakan akan berlaku dalam jangkamasa terdekat ini kerana dijangkakan pasaran akan kembali rancak selepas melihat keputusan pilihanraya Sarawak yg lepas dan kembali naiknya pasaran saham di seluruh dunia.

Selamat melabur.

Sunday, April 10, 2011

Saham minggu ini 11hb April - 15hb April 2011

Pada minggu ini saya akan lebih berhati2 dalam membuat urusan pembelian saham kerana akan menunggu keputusan piliharaya Sarawak hujung minggu ini. Besar kemungkinan saya tidak akan memegang apa2 saham menjelang hujung minggu ini.

Saham2 pilihan saya pada minggu ini adalah FITTERS-WA, HANDAL-WA, UMW-CD, GPACKET-WA, KENCANA-CF, JCY & WCT-WC. Satu lagi saham baru yg akan saya monitor untuk mengetahui prospeknya adalah GUNUNG. (WA & WB). Saya akan monitor ntuk 2-3 hari untuk melihat trend saham ini samada akan naik atau tidak. Saya tidak lihat pada fundamentalnya kerana pada saya bilamana market tengah bull.. mana2 saham pun akan mempunyai potensi untuk naik.

Pada minggu ini, saya cadangkan pada pelabur2 untuk rajin2 membaca tentang perkembangan politik di Sarawak untuk mendapatkan idea samada parti pemerintah sekarang akan dapat mengekalkan kuasa atau tidak. Sebarang keputusan yg mengejutkan pada piliharaya itu nanti akan menyebabkan pasaran akan bertindak diluar jangkaan.

Happy trading.

Wednesday, April 6, 2011

Saham minggu ini

Kebanyakan saham masih lagi dalam proses pembetulan harga. Kalau saya, ini bukanlah masa yg sesuai untuk masuk kembali ke dalam pasaran. Saya mungkin akan tunggu sehingga minggu hadapan untuk memastikan yg saham2 ini sudah selesai proses pembetulan harga dan sudah bersedia untuk naik semula.

Walaubagaimanapun, dalam keadaan pasaran yg masih melakukan pembetulan, masih ada saham2 yg boleh dipertimbangkan untuk pembelian jangka pendek. Saham2 pilihan saya adalah seperti WCT-WC, MUDAJYA & JCY. Pilihan saya semua adalah berdasarkan populariti saham tersebut dan bukanlah berdasarkan fundamental atau carta.

Harga crude oil masih lagi meneruskan kenaikan dan ini saya pasti akan lebih menarik minat pelabur kepada saham2 O&G. Sektor ini masih lagi menjadi pilihan saya untuk jangkamasa terdekat ini.

Kesimpulannya, sila berhati2 untuk melakukan sebarang pembelian minggu ini kerana bagi saya pasaran adalah agak tinggi sekarang setelah naik berterusan selama 3 minggu.

Monday, April 4, 2011

Saham minggu ini 4hb April - 8hb April 2011

Pasaran saham minggu ni pada ramalan saya akan mula melakukan penjualan untuk pengambilan untung dan pembetulan harga. Saham2 pilihan saya kebanyakannya telah naik pada minggu lepas dan hari ini. Walau bagaimanapun, pembetulan harga ini mungkin tidak lama dan pasaran mungkin akan meneruskan kenaikan dalam jangkamasa terdekat.

Saham2 pilihan saya yg telah naik dan mungkin melakukan pembetulan adalah seperti MRCB, UEMLAND, WCT-WC & GPACKET-WA.

Walau bagaimanapun, saham2 berkaitan balak mungkin menjadi perhatian semula minggu ini. Leader2 mereka seperti TAANN, WTK, JTIASA, SUBUR & LINGGUI perlu diberi perhatian untuk mendapatkan petunjuk yg lebih jelas arah pergerakan saham sektor ini.

Sektor O&G masih lagi menjadi pilihan ramai pelabur walaupun harga saham untuk sektor ini telah naik agak tinggi. Saham2 pilihan saya untuk sektor O&G ini adalah seperti KENCANA, DIALOG & KNM. Petunjuk sektor ini yg perlu diberi perhatian adalah harga crude oil. Jika crude oil meneruskan kenaikan, sektor O&G ini akan juga meneruskan kenaikan.

Saham2 lain yg perlu diberi perhatian untuk minggu ini juga adalah UNISEM & UMW. UNISEM hari ini mungkin cuba ditolak naik oleh pelabur2 dan mungkin boleh meneruskan kenaikan untuk 1-2 hari ini. UMW masih dalam trend menaik secara perlahan2. Untuk pelabur2 yg sabar menanti, mungkin saham ini agak sesuai untuk mereka.

Kesimpulannya, minggu ini saya akan tunggu saham2 kegemaran saya untuk jatuh sebelum melakukan sebarang pembelian untuk strategi 'buy & hold'. Kalau adapun pembelian, mungkin untuk strategi daily trading (hit & run) pada saham2 terpilih yg aktif pada hari tersebut.

Sunday, April 3, 2011

Strategi melabur di pasaran saham

Setiap pelabur mempunyai strategi masing2 apabila mereka melabur di pasaran saham. Ini dilakukan secara sedar atau pun tidak oleh para pelabur. Biasanya pelabur2 yg berpengalaman tahu strategi yg mana adalah paling sesuai untuk diri mereka. Bagi pelabur2 baru, mereka rasa yg mereka tidak ada strategi tertentu, padahal mereka telah memilih secara tidak sedar strategi pelaburan mereka. Sebenarnya tidak ada strategi yg salah dalam dunia pelaburan saham ini, cuma pelabur perlu tahu tahap risiko dan masa yg mereka ada untuk membuat analisa saham.

Risiko pelaburan saham yg paling utama ialah kehilangan modal. Pelabur perlu tentukan tahap kehilangan modal yg sanggup mereka terima. Ada pelabur yg boleh terima jika 100% modal mereka hilang di pasaran saham kerana mungkin peruntukan modal untuk pelaburan saham ni cuma 5% sahaja dari keseluruhan modal mereka. Jadi, jika rugi pun, mereka masih ada 95% lagi wang meraka di  pelaburan yg lain. Tetapi bagi pelabur yg memperuntukan peratusan yg besar dari simpanan meraka di pasaran saham, mereka perlulah meminimumkan peratusan kerugian mereka. Mereka perlu ada 'cut loss' strategi, iaitu strategi untuk menjual pegangan saham apabila saham yg mereka beli itu rugi. Berapa peratus yg pelabur sanggup tunggu bergantung pada strategi masing2. Ada yg tunggu sehingga 20%, 10% atau cuma 5 % sahaja.

Ramai pelabur yg sebenarnya tidak dapat terima yg pelaburan mereka gagal. Mereka sanggup tanggung kerugian atas kertas (paper loss) pelaburan mereka. Ada yg sanggup tunggu berbulan-bulan atau bertahun-tahun dengan harapan saham mereka akan naik balik. Saya ada 2-3 rakan yg melabur dalam warrant, masih pegang warrant2 yg rugi padahal tempoh expired warant2 telah hampir dan akhirnya wang mereka hilang begitu sahaja apabila warant tersebut dikeluarkan dari diniagakan. Saya tanya kenapa mereka masih pegang walaupun sudah rugi, mereka kata mungkin tempoh expired itu akan diubah atau akan ada last minute buying untuk naikkan harga warrant dan macam2 alasan lagi. Semua itu adalah alasan untuk nenyedapkan hati masing2. Dalam situasi macam ini, kita perlu ketepikan istilah mengharap itu dalam diri kita dan berpegang pada strategi pelaburan kita iaitu cut loss.

Saya biasanya tidak akan pegang saham2 yg rugi terlalu lama. Paling lama pun cuma 2 minggu sahaja jika harga saham itu stabil atau pun cut loss secepat mungkin jika saya tahu yg saham itu akan terus jatuh lagi walaupun baru beli sahaja membeli saham tersebut.

Ada satu lagi situasi di mana pelabur memegang saham2 yg tidak bergerak (side way trading) terlalu lama. Ini akan lebih merugikan jika keadaan pasaran tengah menaik di mana saham2 dalam sektor lain tengah naik tetapi saham yg kita beli tidak naik kerana ia bukanlah berada dalam sektor pilihan pelabur2 lain pada masa itu. Kita sepatutnya jual saham2 yg tidak bergerak itu dan beralih kepada sektor2 yg tengah menjadi pilihan pelabur kerana tidak mahu terlepas peluang bull market yg sedang berlangsung. Bull market biasanya tidak lama.. cuma 3-6 bulan sahaja dalam setahun. Jadi, janganlah kita terlepas bull ini kerana terlalu mengaharap pada saham2 yg kita sudah beli walaupun ia tidak bergerak. 

Ada banyak lagi strategi2 lain yg perlu pelabur tahu untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian dalam pasaran saham. Walau macammanapun, sebelum menggunakan mana2 strategi, perlulah kita mempelajari dan menambahkan ilmu pelaburan kita melalui rakan2, buku atau internet supaya strategi yg kita pilih itu nanti adalah strategi yg sesuai dengan cara pelaburan kita.

Friday, April 1, 2011

Saham, 1 April 2011

Bulan March 2011, pasaran saham ditutup tinggi secara keseluruhan. Pasaran komoditi juga naik termasuklah harga getah. Ini menyebabkan momentum kenaikan saham2 berkaitan getah telah terbantut.  Sektor yg menjadi pilihan pelabur sekarang ini adalah sector O&G. Harga crude oil ditutup tuinggi di US pagi ini iaitu pada sekitar USD106.60. Sektor kayu, sedang berehat buat seketika di mana pengambilan untung sedang dibuat oleh segelintir pelabur.

Hari ini, jangkaan saya kebanyakan saham akan berehat buat seketika atau mungkin jatuh sedikit.

Saham2 pilihan saya hari ini adalah, WCT-WC & UMW-CD. Sebab apa, saham ni baru nak memulakan langkah ke hadapan. Masih jauh lagi perjalanan mereka.

UEMLAND & MRCB.. tunggu jatuh. Saham ni tetap menarik walau berapapun harga mereka. Sebab apa, saham ni sentiasa ada volume. Memang ada peminatnya, jadi bila dah beli, tak susah nak jual.

Kesimpulannya, jangkaan saya untuk bulan April ni, saham akan naik lebih tinggi, mungkin indek KLCI akan break highest record. Siapa tahu kan.