Pemberitahuan: Segala tulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi penulis dan ia adalah bukan cadangan beli atau jual sesuatu saham. Penulis juga tidak bertanggung jawab jika belaku sebarang kesilapan, kekurangan atau kelewatan pada informasi yang ditulis. Sebarang keputusan adalah tanggungjawab pembaca sendiri.

Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA

Salam,

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua.

Pasaran sedang merudum sekarang dan saya jangkakan trend penurunan ini akan berlarutan untuk jangkamasa yang agak lama juga. Kepada yg dah 100% cash tu, boleh la bercuti sepuas-puasnya sempena cuti hari raya ni. Kita rehat buat seketika.

Saya akan tunggu pusingan kedua penjualan besar2an dan mungkin akan ada penjualan besar2an pusingan ketiga sebelum masuk balik pasaran. Ini mungkin mengambil masa selama 6-12 bulan. Tapi mungkin boleh sekali-sekala hit and run share yang aktif.

Selamat bercuti.

Tuesday, July 12, 2011

Minggu lepas saya tak dapat nak update blog ini sebab outstation ke luar negara. Harap2 adalah sesiapa yg dapat untung dari BIMB. Saya memang monitor saham ni, tapi terlepas sebab dia naik pada masa saya tak dapat nak trade saham. Minggu ini saya jangka BIMB akan buat pembetulan dan jika pembetulannya agak banyak, mungkin akan ada rebounce pada saham ini.

Minggu ini pasaran saya jangka akan agak berhati2 melakukan pembelian dan berkemungkinan akan ada saham2 yg terus jatuh. Walaupun begitu, masih ada lagi saham2 yg menunjukkan trend menaik. Saham2 tersebut adalah:

1. AXIATA
2. TOPGLOV
3. AIRASIA
4. GPACKET
5. MRCB
6. UMW

Mungkin warrant2 dia boleh dibeli tetapi kena pilih yg mempunyai volume.

Buat masa ni, saya cadangkan kita tunggu dan lihat pasaran secara keseluruhan, lebih2 lagi pada pasaran Eropah sebelum melakukan sebarang pembelian kerana Eropah sekarang masih belum stabil dengan krisis di Greece. Perlu juga diperhatikan USD indek untuk meramal pasaran dunia secara keseluruhan kerana jika USD indek naik, pasaran dunia akan jatuh. Begitulah juga sebaliknya.

Monday, June 27, 2011

Salam,

Minggu ini saham yg menjadi pilihan saya adalah:

SCOMI - Saya memang telah monitor saham ini sejak dari minggu lepas dan memang ada pembeli besar yg membeli saham ini dari harga 30sen. Setiap hari pembeli besar ini akan membeli saham ini pada harga2 yg baru yg lebih tinggi. Hari ini telah SCOMI telah di beli pada harga 32.5sen. Mungkin ada ruang lagi untuk saham ini naik. SCOMI-WA pula agak kurang pembeli dan agak sukar untuk naik seiring dengan mother share.

AIRASIA - Saya ada kata beberapa minggu lepas, saham ini akan ada minat membeli jika harga 'crude oil' jatuh. Sekarang crude oil telah jatuh ke paras USD90 dan pada pemerhatian saya, crude oil boleh jatuh lagi. Bila minyak murah, kos operasi bagi airasia akan berkurang. Jadi pelabur2 lebih berminat membeli saham AIRASIA sekarang. Jika crude oil terus jatuh, saya menjangkakan saham AIRASIA akan terus naik.

MSM - Malaysia Sugar Manufacturing Holding Berhad, pengeluar gula dan anak syarikat Felda yg pertama public listed. Listing pada 28/6/11 (Selasa). Tahun lepas 57% pengeluaran gula di Malaysia adalah dari MSM dan 43% dari Tradewinds (TWS). Saya jangka saham ni akan menjadi salah satu saham yg hot minggu ini dan untuk long term.

Sunday, June 19, 2011

Saham 20 Jun - 24 Jun 2011

Minggu ini saya jangka pelabur akan lebih berhati-hati dalam membuat pembelian kerana faktor2 luaran di Greece & US. Di lihat pada pasaran US, indek S&P telah jatuh lebih 7% dari paras tertinggi pada bulan Mei dan begitu juga pasaran2 asia yg lain seperti Hang Seng, Strait Times & Shanghai Composite. Indek kita masih lagi bertahan tetapi telah ada saham2 yg melakukan aktiviti pengambilan untung.

Pada minggu lepas, ada aktiviti pembelian pada saham2 telekomunikasi seperti AXIATA & GPACKET. Adakah ini permulaan untuk sektor ini bergerak naik. Saya memilih kedua2 saham ini sebagai leader untuk sektor ini dan jika saham2 ini meneruskan kenaikan, saham2 lain di dalam sektor ini juga akan turut naik. Saham2 lain dalam sektor ini adalah seperti MAXIS, REDTONE & YTLE. Walaubagaimanapun, masih terlalu awal untuk meyatakan sektor ini akan naik, tetapi saya akan masukkan sektor ini dalam minitoring list saya.

Saham2 pilihan saya minggu ini

GPACKET - Dilihat pada keputusan kewangan syarikat ini baru2 ini, saya menjangkakan minat belian dari fund2 manager akan bertambah. Saham ini adalah sesuai untuk beli dan simpan. Saya minat kepada GPACKET-WA.

KZEN - Volume saham ini tiba2 naik untuk bulan ini. Memang ada berita2 menarik untuk syarikat ini yg menyebabkan berlaku aktiviti pembelian. Saya lihat masih ada ruang lagi intuk saham ini naik. Walaupun begitu, saham ini bagi saya adalah hanya sesuai untuk trading.

Tuesday, June 14, 2011

Saham 15 Jun - 17 Jun 2011

Minggu ini nampak macam world market nak melakukan sedikit rebounce. Begitu juga dengan bursa kita. Kemungkinan akan ada saham2 boleh naik dalam masa 2-3 hari ni. Pada masa2 macam ni, saya rasakan saham2 speculatif adalah agak menarik. Tetapi kena ada strategi untuk trade saham2 sebegini. Perhatikan volumenya. Jika volume agak tinggi pada sebelah pagi dan menghampiri volume semalam, berkemungkinan saham ini boleh terus naik untuk hari tersebut. Perlu saya peringatkan, saham2 sebegini adalah berisiko tinggi. Perlu berani untuk 'cut loss' jika saham tersebut turun dan saya memang tak simpan saham2 sebegini. Ada untung saya jual.

Saham2 pilihan saya adalah:

CBSA - 2-3 hari ni saya lihat volume dia agak banyak. Jatuh pada sebelah pagi tetapi naik semula dgn volume pada sebelah petang. Agak menarik untuk trade esok.

EFFICEN - volume agak tinggi kebelakangan ni. Minat memang ada pada saham ni dan saya menjangkakan saham ni boleh naik jika volume dia meningkat.

KZEN - saham ni ada volume tetapi hari ni telah naik agak tinggi. mungkin akan naik sebelah pagi esok dah akan jatuh balik. Saya ada dapat duit kopi sikit kat saham ni hari ni.

MCLEAN & IJACOBS - kedua-dua saham ni baru public listed tetapi telah jatuh dengan agak banyak. Hari ini dilihat ada trend membeli pada saham2 ini. Jika volume membeli meningkat, berkemungkinan saham2 ini boleh rebounce untuk 1-2 hari ini.

Saham2 lain yg kurang speculatif yg menjadi pilihan saya adalah:

JCY - Kelihatan macam dah jumpa support dan mula untuk naik semula. Sesuai untuk swing trading. saya pilih JCY-CD untuk trade. Exercise price :RM0.70. expired date : 02 / 2012 dan ratio dia 1:1. ratio dia yg menarik perhatian saya kerana susah nak dapat call warrant yg ratio dia 1:1.

MRCB - Kelihatan seperti ada minat membeli hari ini. Medium term saya rasa saham ni memang boleh naik.

 happy trading

Sunday, June 12, 2011

Saham 13 Jun - 17 Jun 2011

Salam,

Minggu lepas kita lihat pasaran dunia masih lagi meneruskan trend menurun, manakala pasaran kita agak stabil dan ada juga saham2 yg terus naik. Bagi saya, ini adalah petanda yg baik untuk market kita untuk jangkamasa panjang di mana fund2 yg besar dilihat masih lagi memegang saham2 yg berkualiti.

Kenapa pasaran kita tidak jatuh tapi pasaran dunia yg lain jatuh. Pada pendapat saya, pasaran dunia yg lain membenarkan aktiviti 'short selling' untuk mengambil untung, manakala bagi pasaran kita, 'short selling' adalah tidak dibenarkan. 'Short selling' adalah satu aktiviti penjualan saham yg tidak dimiliki oleh pelabur dan pelabur perlu membeli balik saham2 yg dijual dalam jangkamasa tertentu. sama macam T+3. Jika pelabur jual pada harga yg tinggi, dan beli balik pada harga yg murah, perbezaan harga itu adalah keuntungan mereka dan jika jual dahulu & terpaksa beli pada harga yg lebih tinggi, perbezaan harga itu adalah kerugian mereka. Sebab itu kita lihat bila satu2 pasaran sedang downtrend dalam minggu itu, akan ada satu hari pasaran tersebut akan rebounce. Pada hari tersebut berkemungkinan short seller terpaksa membeli saham2 yg mereka telah jual samada untung atau rugi.

Kita ambil contoh Dow Jones minggu lepas. Selepas jatuh selama 6 hari berturut-turut, pada hari Khamis lepas, ia naik dgn agak tinggi, Bagi saya, kenaikan ini adalah disebabkan short seller terpaksa membeli balik saham untuk mengelakkan kerugian yg lebih besar jika pasaran terus naik. Dan keesokan harinya, Dow Jones jatuh balik dgn lebih banyak. Sememangnya Dow Jones sekarang dalam trend menurun dan kita di sini perlulah mengambil langkah berhati-hati sebelum membuat pembelian kerana secara tak langsung, Dow Jones boleh mempengaruhi pasaran kita dan pasaan dunia yg lain. Buat masa sekarang, cuma trading style 'hit & run' adalah yg paling sesuai, belum masanya untuk beli dan simpan kerana kita masih tidak tahu arah pasaran samada naik atau turun dalam jangkamasa terdekat ini.

Untuk saham2 pilihan minggu ini, saya akan lihat dahulu market hari Isnin & Selasa ini untuk mengetahui mana saham yg sesuai untuk 'hit & run'. Untuk saham2 seperti BIMB & MHB, berkemungkinan ia akan jatuh minggu ini tetapi perhatikan volume mereka, jika jatuh dgn volume yg sedikit, saya pasti, saham ini akan rebounce balik. memang sesuai untuk hit & run. Saham lain yg dalam perhatian saya adalah WASEONG, KULIM, MASTEEL & JCY. Tetapi saya akan perhatikan trendnya dahulu sebelum melakukan sebarang pembelian. 

selamat melabur.

Tuesday, June 7, 2011

Saham 7 Jun - 10 Jun 2011

Salam semua,

Minggu lepas kebanyakan market serata dunia jatuh, mungkin melakukan pembetulan. Walau bagaimanapun, bursa kita masih dapat bertahan. Untuk mengetahui sama ada market kita dapat bertahan atau tidak semasa market jatuh, perhatikan volume & nilai keseluruhan dagangan pada hari tersebut. Jika indek jatuh banyak tetapi jumlah & nilai dagangan agak kurang (RM 1 billion), maknanya market kita masih boleh bertahan dan sebarang kenaikan pada pasaran luar akan turun diikuti oleh bursa kita. Tetapi, secara keseluruhannya, pembetulan masih lagi berlaku pada pasaran luar dan ini perlu diberi perhatian kerana jika kejatuhan pasaran luar ni masih berterusan, bursa Malaysia juga tidak akan dapat bertahan dan akan turut serta melakukan penjualan. Biasanya bursa akan jatuh jika pasaran luar jatuh berterusan selama 2-3 minggu.

Minggu ini, saham2 yg menjadi pilihan saya adalah BIMB, MHB, MRCB, AIRASIA & DIALOG.

 BIMB - Nampak seperti sedang uptrend. Volume juga agak banyak. Mungkin boleh naik lagi. Saya main BIMB-CA. Expired bulan 12/2011. ratio 2:1. Naik dan jatuh agak laju. Timing kena betul untuk beli dan beli kecil-kecilan saja kerana kurang volume.

MHB - Cuba untuk break highest price hari ini tapi gagal. Mungkin akan jatuh balik dan cuba untuk break lagi. Swing trading agak menarik. Saya main MHB-CE kerana sekarang ada nilai dan expire bulan 2/2012. Cuma ratio dia 10:1. Naik agak perlahan tapi mempunyai ramai buyer. Beli bila jatuh.

MRCB - Mula untuk naik. Jika market naik.. saham ini pasti akan turut naik kerana saham ni memang ramai peminat dia.

AIRASIA - Bergantung pada harga minyak. Jika crude oil terus jatuh.. saham ini mempunyai potensi untuk naik lebih tinggi. Saya berminat dengan AIRASIA-CL.

DIALOG - Saham yg sedang uptrend. Naik slow & steady. Saya berminat dengan DIALOG-CC.. ada volume, expired bulan 2/2012 dan ada value. Beli bila jatuh.

Happy trading

Monday, May 23, 2011

Saham 23 Mei - 27 Mei 2011

Salam semua,

Pada mingu ini saya menjangkakan pergerakan saham adalah lebih kepada 'sideways'. Walaupun begitu akan ada saham2 yg agak volatile seperti saham2 rubber glove (LATEXX, TOPGLOV & SUPERMX), TWSPLANT dan AIRASIA kerana telah agak begitu aktif minggu lepas. Akan berlaku banyak aktiviti penjualan dan pembelian.

Saham2 yg dalam perhatian saya sekarang adalah seperti MRCB, UEMLAND, POS & FAJAR. Saham2 ni mungkin telah stabil dan mungkin boleh dibeli dan simpan untuk jangkamasa pendek. Saham yg sedang uptrend yg menjadi pilihan saya adalah DIALOG dan syarikat jangkamasa panjang yg saya rasakan sedang dalam proses untuk mendapat keuntungan adalah GPACKET.

Selamat melabur

Monday, May 9, 2011

MASTEEL - Hari Ini 9 Mei 2011

Hari ini saya banyak melihat pada pergerakan saham MASTEEL


Carta di atas adalah graf pergerakan MASTEEL untuk hari ini. Jika dilihat, berlaku pembelian pada sessi pagi dan bila bermulanya sessi petang, ada berlaku penjualan tapi dgn volume yg sedikit. Ini menunjukkan support pada saham ini masih ada untuk hari ini. Menghampiri penutup sessi petang, berlaku pembelian yg agak besar pada saham ini untuk melonjakkan harga pada paras tertinggi hari ini.

Jangkaan saya, saham ini mempunyai potensi untuk naik lebih tinggi untuk minggu ini.

Sunday, May 8, 2011

Saham minggu ini 9hb Mei - 13hb Mei 2011

Salam,

Mulai minggu ini  saya akan cuba masukkan snapshot pasaran saham hari2 terpilih serta kaunter2 yg saya rasakan agak menarik pada minggu tersebut.  


Gambar di atas adalah senarai kaunter2 yg paling aktif pada Jumaat minggu lepas. Apa yg boleh saya simpulkan adalah kauter paling untung & paling rugi adalah kaunter yg berkaitan dengan harga minyak mentah yg jatuh merudum minggu lepas. AIRASIA.. naik disebabkan harga minyak yg murah & PCHEM jatuh juga disebabkan harga minyak yg murah.

Minggu ini saya menjangkakan pasaran masih akan dipengaruhi oleh harga komoditi2 yg agak volatile sekarang. Kaunter2 yg perlu diberi perhatian adalah kaunter 'Rubber Glove' (TOPGLOVE, SUPERMX, HARTA, LATEXX & KOSSAN) & juga kaunter2 berkaitan besi (MASTEEL, MELEWAR, PMETAL, LIONIND). Rubber glove dalam keadaan stabil sekarang walaupun keseluruhan pasaran merudum dan kaunter besi kebanyakannya semua telah jatuh agak teruk pada minggu lepas. Jika berlaku 'rebounce' pada komoditi, kaunter2 besi ni pasti akan turut naik. Jadi, komoditi adalah amat penting & kritikal buat masa sekarang.

Selamat Melabur.  

Monday, April 25, 2011

Saham minggu ini, 25 April - 29 April 2011

Salam semua,

Minggu ini saya tidak menjangkakan apa2 kejutan dalam pasaran saham kita. Kemungkinan pasaran masih akan menumpukan perhatian pada ACE market. Walau bagaimanapun saya rasakan kenaikan pasaran ACE adalah lebih bersifat sementara dan mungkin penjualan akan bermula minggu ini.

Pada minggu ini saya akan ambil langkah tunggu dan lihat memandangkan tiada apa2 petunjuk tentang arah pasaran. Saham2 yg dalam pemerhatian saya adalah PROTON & rubber glove. Saya jangkakan PROTON mempunyai peluang untuk naik ke paras RM4 pada bulan Mei nanti kerana prestasi jualan kereta yg memberangsangkan pada suku pertama tahun ini. Saham2 rubber glove bergantung pada harga getah semasa & kadar tukaran ringgit dan USD. Harga getah ditutup minggu lalu pada nilai 1015sen dan saya akan ikut perkembangan harga getah pada minggu ini untuk mencari petunjuk arah saham2 berkaitan getah.

Selamat melabur. 

Sunday, April 17, 2011

Saham minggu ini, 18 April - 22 April 2011

Salam semua.

Keputusan pilihanraya negeri Sarawak telah diketahui semalam. BN masih lagi mengekalkan penguasaaan 2/3 kerusi DUN Sarawak. Walaubagaimanapun, pengusaaan BN di kawasan bandar telah berkurangan di mana pengundi2 di kawasan bandar lebih cenderung memilih parti pembangkang untuk menjadi wakil mereka. Di lihat pada keputusan semalam, perlu ada perubahanan besar2an pada parti pemerintah sekarang jika mahu mengekalkan kuasa pada PRU 13 nanti. Untuk para pelabur, PRU 13 nanti juga akan memberi impak pada pasaran saham. Maka perlulah pelabur2 mengikuti perkembangan politik semasa untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kesilapan pelaburan.

Minggu ini saham2 yang perlu di beri perhatian adalah saham2 sarung tangan getah seperti TOPGLOV, SUPERMX, HARTA, ADVENTA & KOSSAN kerana pada minggu lepas harga getah telah mula jatuh. Pada saya, harga getah akan memulakan trend penurunanan kerana telah 2 kali gagal melepasi rintangan pada 1085sen. Pertama kali pada hujung Februari lalu dan sekali lagi gagal pada minggu lepas. Walaupun begitu, perlu juga di beri perhatian pada harga 'crude oil' & 'gold' yg mula untuk naik semula selepas jatuh agak banyak pada minggu lepas. Kerana jika harga komoditi ini naik, komoditi2 lain juga akan turut ikut naik termasuklah getah.

Saham PROTON juga kelihatan agak menarik sekarang tetapi masih kurang volume nya. Berdasarkan peratusan penjualan kereta Proton pada suku pertama tahun 2011, saya menjangkakan proton boleh mencapai keuntungan pada suku 4 tahun kewangan 2010/11. Jika ini berlaku, saham PROTON boleh kembali pada paras RM4 lebih. Walaupun begitu, saham PROTON ini bukanlah untuk 'short term trading' tetapi sesuai untuk 'mid term investment'.

Pada minggu lepas saya ada masukkan GUNUNG dalam senarai perhatian saya dan saham ini telah naik pada hari Khamis dan pada sessi pagi Jumaat lepas. Berdasarkan pemerhatian saya, saham ini mempunyai risiko yg agak tinggi iaitu tiada pembeli pada waktu2 biasa. Saham ini adalah tidak sesuai untuk short term trading kerana kurang pembeli, menyebabkan agak sukar bagi kita untuk cut loss jika berlaku sebarang penurunan harga. Modal kita akan tersimpan pada saham ini untuk jangkamasa yg lama jika kita masih tunggu harga saham ini untuk kembali naik. Kita akan terlepas peluang pelaburan pada saham2 yg lain.

Saham2 lain yg ada dalam senarai saya adalah MRCB, UEMLAND, KENCANA, PCHEM, MUDAJYA & FITTERS. Saya akan tunggu peluang untuk melakukan short term trading pada saham2 ini yg saya jangkakan akan berlaku dalam jangkamasa terdekat ini kerana dijangkakan pasaran akan kembali rancak selepas melihat keputusan pilihanraya Sarawak yg lepas dan kembali naiknya pasaran saham di seluruh dunia.

Selamat melabur.

Sunday, April 10, 2011

Saham minggu ini 11hb April - 15hb April 2011

Pada minggu ini saya akan lebih berhati2 dalam membuat urusan pembelian saham kerana akan menunggu keputusan piliharaya Sarawak hujung minggu ini. Besar kemungkinan saya tidak akan memegang apa2 saham menjelang hujung minggu ini.

Saham2 pilihan saya pada minggu ini adalah FITTERS-WA, HANDAL-WA, UMW-CD, GPACKET-WA, KENCANA-CF, JCY & WCT-WC. Satu lagi saham baru yg akan saya monitor untuk mengetahui prospeknya adalah GUNUNG. (WA & WB). Saya akan monitor ntuk 2-3 hari untuk melihat trend saham ini samada akan naik atau tidak. Saya tidak lihat pada fundamentalnya kerana pada saya bilamana market tengah bull.. mana2 saham pun akan mempunyai potensi untuk naik.

Pada minggu ini, saya cadangkan pada pelabur2 untuk rajin2 membaca tentang perkembangan politik di Sarawak untuk mendapatkan idea samada parti pemerintah sekarang akan dapat mengekalkan kuasa atau tidak. Sebarang keputusan yg mengejutkan pada piliharaya itu nanti akan menyebabkan pasaran akan bertindak diluar jangkaan.

Happy trading.

Wednesday, April 6, 2011

Saham minggu ini

Kebanyakan saham masih lagi dalam proses pembetulan harga. Kalau saya, ini bukanlah masa yg sesuai untuk masuk kembali ke dalam pasaran. Saya mungkin akan tunggu sehingga minggu hadapan untuk memastikan yg saham2 ini sudah selesai proses pembetulan harga dan sudah bersedia untuk naik semula.

Walaubagaimanapun, dalam keadaan pasaran yg masih melakukan pembetulan, masih ada saham2 yg boleh dipertimbangkan untuk pembelian jangka pendek. Saham2 pilihan saya adalah seperti WCT-WC, MUDAJYA & JCY. Pilihan saya semua adalah berdasarkan populariti saham tersebut dan bukanlah berdasarkan fundamental atau carta.

Harga crude oil masih lagi meneruskan kenaikan dan ini saya pasti akan lebih menarik minat pelabur kepada saham2 O&G. Sektor ini masih lagi menjadi pilihan saya untuk jangkamasa terdekat ini.

Kesimpulannya, sila berhati2 untuk melakukan sebarang pembelian minggu ini kerana bagi saya pasaran adalah agak tinggi sekarang setelah naik berterusan selama 3 minggu.

Monday, April 4, 2011

Saham minggu ini 4hb April - 8hb April 2011

Pasaran saham minggu ni pada ramalan saya akan mula melakukan penjualan untuk pengambilan untung dan pembetulan harga. Saham2 pilihan saya kebanyakannya telah naik pada minggu lepas dan hari ini. Walau bagaimanapun, pembetulan harga ini mungkin tidak lama dan pasaran mungkin akan meneruskan kenaikan dalam jangkamasa terdekat.

Saham2 pilihan saya yg telah naik dan mungkin melakukan pembetulan adalah seperti MRCB, UEMLAND, WCT-WC & GPACKET-WA.

Walau bagaimanapun, saham2 berkaitan balak mungkin menjadi perhatian semula minggu ini. Leader2 mereka seperti TAANN, WTK, JTIASA, SUBUR & LINGGUI perlu diberi perhatian untuk mendapatkan petunjuk yg lebih jelas arah pergerakan saham sektor ini.

Sektor O&G masih lagi menjadi pilihan ramai pelabur walaupun harga saham untuk sektor ini telah naik agak tinggi. Saham2 pilihan saya untuk sektor O&G ini adalah seperti KENCANA, DIALOG & KNM. Petunjuk sektor ini yg perlu diberi perhatian adalah harga crude oil. Jika crude oil meneruskan kenaikan, sektor O&G ini akan juga meneruskan kenaikan.

Saham2 lain yg perlu diberi perhatian untuk minggu ini juga adalah UNISEM & UMW. UNISEM hari ini mungkin cuba ditolak naik oleh pelabur2 dan mungkin boleh meneruskan kenaikan untuk 1-2 hari ini. UMW masih dalam trend menaik secara perlahan2. Untuk pelabur2 yg sabar menanti, mungkin saham ini agak sesuai untuk mereka.

Kesimpulannya, minggu ini saya akan tunggu saham2 kegemaran saya untuk jatuh sebelum melakukan sebarang pembelian untuk strategi 'buy & hold'. Kalau adapun pembelian, mungkin untuk strategi daily trading (hit & run) pada saham2 terpilih yg aktif pada hari tersebut.

Sunday, April 3, 2011

Strategi melabur di pasaran saham

Setiap pelabur mempunyai strategi masing2 apabila mereka melabur di pasaran saham. Ini dilakukan secara sedar atau pun tidak oleh para pelabur. Biasanya pelabur2 yg berpengalaman tahu strategi yg mana adalah paling sesuai untuk diri mereka. Bagi pelabur2 baru, mereka rasa yg mereka tidak ada strategi tertentu, padahal mereka telah memilih secara tidak sedar strategi pelaburan mereka. Sebenarnya tidak ada strategi yg salah dalam dunia pelaburan saham ini, cuma pelabur perlu tahu tahap risiko dan masa yg mereka ada untuk membuat analisa saham.

Risiko pelaburan saham yg paling utama ialah kehilangan modal. Pelabur perlu tentukan tahap kehilangan modal yg sanggup mereka terima. Ada pelabur yg boleh terima jika 100% modal mereka hilang di pasaran saham kerana mungkin peruntukan modal untuk pelaburan saham ni cuma 5% sahaja dari keseluruhan modal mereka. Jadi, jika rugi pun, mereka masih ada 95% lagi wang meraka di  pelaburan yg lain. Tetapi bagi pelabur yg memperuntukan peratusan yg besar dari simpanan meraka di pasaran saham, mereka perlulah meminimumkan peratusan kerugian mereka. Mereka perlu ada 'cut loss' strategi, iaitu strategi untuk menjual pegangan saham apabila saham yg mereka beli itu rugi. Berapa peratus yg pelabur sanggup tunggu bergantung pada strategi masing2. Ada yg tunggu sehingga 20%, 10% atau cuma 5 % sahaja.

Ramai pelabur yg sebenarnya tidak dapat terima yg pelaburan mereka gagal. Mereka sanggup tanggung kerugian atas kertas (paper loss) pelaburan mereka. Ada yg sanggup tunggu berbulan-bulan atau bertahun-tahun dengan harapan saham mereka akan naik balik. Saya ada 2-3 rakan yg melabur dalam warrant, masih pegang warrant2 yg rugi padahal tempoh expired warant2 telah hampir dan akhirnya wang mereka hilang begitu sahaja apabila warant tersebut dikeluarkan dari diniagakan. Saya tanya kenapa mereka masih pegang walaupun sudah rugi, mereka kata mungkin tempoh expired itu akan diubah atau akan ada last minute buying untuk naikkan harga warrant dan macam2 alasan lagi. Semua itu adalah alasan untuk nenyedapkan hati masing2. Dalam situasi macam ini, kita perlu ketepikan istilah mengharap itu dalam diri kita dan berpegang pada strategi pelaburan kita iaitu cut loss.

Saya biasanya tidak akan pegang saham2 yg rugi terlalu lama. Paling lama pun cuma 2 minggu sahaja jika harga saham itu stabil atau pun cut loss secepat mungkin jika saya tahu yg saham itu akan terus jatuh lagi walaupun baru beli sahaja membeli saham tersebut.

Ada satu lagi situasi di mana pelabur memegang saham2 yg tidak bergerak (side way trading) terlalu lama. Ini akan lebih merugikan jika keadaan pasaran tengah menaik di mana saham2 dalam sektor lain tengah naik tetapi saham yg kita beli tidak naik kerana ia bukanlah berada dalam sektor pilihan pelabur2 lain pada masa itu. Kita sepatutnya jual saham2 yg tidak bergerak itu dan beralih kepada sektor2 yg tengah menjadi pilihan pelabur kerana tidak mahu terlepas peluang bull market yg sedang berlangsung. Bull market biasanya tidak lama.. cuma 3-6 bulan sahaja dalam setahun. Jadi, janganlah kita terlepas bull ini kerana terlalu mengaharap pada saham2 yg kita sudah beli walaupun ia tidak bergerak. 

Ada banyak lagi strategi2 lain yg perlu pelabur tahu untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian dalam pasaran saham. Walau macammanapun, sebelum menggunakan mana2 strategi, perlulah kita mempelajari dan menambahkan ilmu pelaburan kita melalui rakan2, buku atau internet supaya strategi yg kita pilih itu nanti adalah strategi yg sesuai dengan cara pelaburan kita.

Friday, April 1, 2011

Saham, 1 April 2011

Bulan March 2011, pasaran saham ditutup tinggi secara keseluruhan. Pasaran komoditi juga naik termasuklah harga getah. Ini menyebabkan momentum kenaikan saham2 berkaitan getah telah terbantut.  Sektor yg menjadi pilihan pelabur sekarang ini adalah sector O&G. Harga crude oil ditutup tuinggi di US pagi ini iaitu pada sekitar USD106.60. Sektor kayu, sedang berehat buat seketika di mana pengambilan untung sedang dibuat oleh segelintir pelabur.

Hari ini, jangkaan saya kebanyakan saham akan berehat buat seketika atau mungkin jatuh sedikit.

Saham2 pilihan saya hari ini adalah, WCT-WC & UMW-CD. Sebab apa, saham ni baru nak memulakan langkah ke hadapan. Masih jauh lagi perjalanan mereka.

UEMLAND & MRCB.. tunggu jatuh. Saham ni tetap menarik walau berapapun harga mereka. Sebab apa, saham ni sentiasa ada volume. Memang ada peminatnya, jadi bila dah beli, tak susah nak jual.

Kesimpulannya, jangkaan saya untuk bulan April ni, saham akan naik lebih tinggi, mungkin indek KLCI akan break highest record. Siapa tahu kan.

Wednesday, March 30, 2011

Saham hari ini, 30 March 2011

Hari ni pasaran agak aggresif membeli. Banyak share yang naik terutamanya share berkaitan oil & gas. Dalam monitoring list O&G saya, hampir semuanya naik.  Setakat ini yg sudah naik tinngi adalah PCHEM, PERISAI & PETRA. Masih banyak lagi yg masih stabil atau baru nak mula naik seperti, KNM, DIALOG, KENCANA, SAPCRES & WASEONG. Agak sukar juga bagi saya untuk menjangkakan arah sektor O&G ni kerana jarang monitor sektor ini buat masa ini.

SUPERMX masih lagi bertahan walaupun harga getah naik hari ini. Ke mana arah rubber glove selepas ni, agak sukar di jangka kerana harga getah kembali naik kepada paras 1040sen.

JCY nampak bertahan pada 77sen dan volume jatuh mendadak. Ini pertanda pelabur masih pegang share ni. Kalau share ini masih bertahan pada paras sekarang dan volume semakin berkurang dalam masa 1-2 hari ni, ada peluang yg share ni akan naik lagi tinggi dalam jangkamasa terdekat. Mungkin minggu depan naik lagi kalau tak ada apa2 yg mengganggu pasaran. Saya ada tengok senarai pelaburan fund2 Public Mutual baru2 ini dan kebayakannya ada memegang saham JCY ni. Mungkin ini masanya saham ni nak rebouce balik kepada harga masa mula2 disenaraikan dahulu. Manalah tahu kan. Partner kepada JCY ni adalah GPACKET & UNISEM. Kedua2 share ni mengikut dari belakang dengan agak perlahan. Mungkin ambil langkah tunggu dan lihat.

UEMLAND & MRCB.. dua share ni seperti biasa akan bergerak seiring. Kedua-duanya naik hari ini dengan agak kuat. Mungkin akan terus naik esok. Share yg paling sesuai untuk main swing trading. Saya ingat dia nak jatuh lagi 2-3 hari, jadi boleh la beli balik. Rupa2nya dia naik terus hari ni. Jadi saya akan lupakan niat untuk membeli share2 dalam jangkamasa terdekat ni. Tunggu dia jatuh baru beli.

Satu lagi share yg agak menarik pada saya ialah FITTERS-WA. Saya ada beli pagi tadi tapi terbeli pada harga tinggi, Nampak macam tak boleh nak naik lagi, saya cut loss awal2. rugi sikit. Petang ni dia naik balik. Nampak macam ada support dan ada yg nak push share ni naik. Share yg memang ada potensi untuk short term trading tapi kena perhatikan volume dia. Jangan kejar bila dah naik.

Rabu, 30, March 2011

Saham berkaitan kayu masih lagi menjadi tumpuan hari ini, tetapi arahnya masih belum pasti. Kalau jatuh bermakna buying opputurnity kepada sesiapa yg terlepas. Tapi kena tengok sejauh mana dia nak jatuh. Saya tetap yakin yang saham2 jenis ini akan terus naik lagi.

SUPERMX-CD masih ada support lagi kat 0.15. Harga getah di TOCOM naik pagi ni.

GPACKET nampak macam ada pembelian pagi ni. Adakah akan naik mengikuti macam JCY. Kita tunggu.

MRCB & UEMLAND masih bertahan. Mungkin tunggu next round baru naik.

Tuesday, March 29, 2011

Saham hari ini, 29 March 2011

Hari ini harga getah TOCOM naik sedikit walaupun di awal pagi tadi telah jatuh. Harga getah kat sini sudah 3 hari bermain dekat 1030sen. Kalau di lihat pada komoditi lain seperti emas & crude oil, nampak seperti sedang membuat pembetulan dan sedang jatuh. Kalau harga getah ikut harga komoditi lain, berkemungkinan ia akan jatuh juga. Walau bagaimanapun, SUPERMX-CD masih ada support dekat 0.15.

MRCB & UEMLAND rebounce naik hari ini. Nampak macam ada support kat saham2 ini.

WCT.. masih berlegar2 di RM3.00. Saya sudah keluarkan saham ni dari monitoring list saya kerana pergerakan yg agak perlahan pada saham ni.

Saya terpaksa kembali pada basic rule of share trading yang saya pelajari semasa mula2 main saham. Kita tak boleh beat market sebab market ni adalah human behaviour. Jadi kita kena ikut market untuk tidak terlepas peluang yang ada. Sekarang ni market kita tengah syok dengan saham2 kerkaitan kayu. Jadi saya telah start monitor saham2 berkaitan hari ini walaupun sudah agak lambat. Kesimpulan yg saya dapat hari ini pada saham2 berkaitan kayu ini adalah:

TAANN bergerak seiring dengan SUBUR
LINGUI seiring dengan WTK
PWORTH seiring dengan PWORTH

Saham2 ini saya nampak ada potensi untuk naik lagi. Untuk beli dan simpan, beli bila saham2 ini jatuh dan jumpa support.

Saya juga monitor saham JCY. Nampak dah beberapa hari naik sahaja dan volume juga banyak. JCY adalah dalam sector technology (hard disk). Saya biasanya pairkan JCY ni dengan GPACKET & UNISEM. Kita tengok apa akan berlaku pada saham ini dalam jangkamasa terdekat ni.

Selasa, 29 March 2011

Semalam saya tak berapa sihat, demam, tak sempat nak buat review saham2 favourite saya.

Harga getah TOCOM hari ni jatuh lagi, SUPERMAX-CD masih lagi bertahan kat harga 0.15. Kalau harga getah berterusan jatuh, rubber glove ada peluang naik lebih tinggi.

UEMLAND & MRCB,  sebenarnya mereka berdua ni ada persamaan.. kalau salah satu naik atau jatuh.. yang satu lagi akan ikut juga. Sebab tu saya monitor kedua2nya, tapi masa membeli, saya pilih satu sahaja. Mungkin sekarang belum masa yg sesuai untuk membeli salah satu saham ni. Target buying price semalam mungkin dah tak valid lagi. Saya rasa saham2 ni akan jatuh lagi hari ni.

JETSON & RUBEREX,.. saya keluarkan dari monitoring list saya untuk hari ni.

Hari saya tambah satu dalam monitoring list saya, TAANN-CA. baru listing hari ni. Saham berkaitan kayu. Sekarang ni saham2 kayu tengah hot.. mungkin orang akan goreng saham ni.

Sunday, March 27, 2011

Saham pilihan minggu ini

Masa untuk focus pada pasaran saham untuk minggu yg baru. Saham2 pilihan saya minggu ini adalah:

MRCB-CE - tunggu jatuh baru masuk. target price 0.105
UEMLAND-CE - tunggu jatuh baru masuk. target price 0.170
WCT-WC - mother tengah stabil kat RM3.00. tunggu masa je untuk naik. mother naik.. warrant ni pasti naik.
SUPERMX-CD - harga dah support kat 0.145. tengok harga getah. share yg paling berpotensi untuk naik minggu ni.
JETSON-WA - kaunter untuk hit & run minggu ni. beli bila jatuh.
RUBEREX-WA - kalau getah jatuh.. sesuai untuk hit & run minggu ni.

Warrant: ratio & harga exercise

Warrant2 yg didagangkan di bursa mempunyai ratio pertukaran & harga exercise masing2 dengan mother share. Bagi warrant jenis WA, WB, ... kebiasannya ratio adalah 1:1. Ini bermakna, setiap 1 sen warrant adalah bersamaan 1 sen mother share.

Bagi warrant2 jenis CA, CB,.. rationya adalah tidak menentu, kebiasaannya 2:1, 3:1, 4:1, dan seterusnya. Ambil contoh ratio 3:1.. bermakna, setiap 1 sen warrant bersamaaan  3 sen mother.

Harga exercise untuk warrant2 jenis WA, WB, .. adalah harga yg perlu dibayar jika mahu menukar warrant kepada mother share. Ini perlu dilakukan sebelum expired date sesuatu warrant. Selepas expired date, warrant2 ni akan dikeluarkan dari diniagakan di Bursa dan segala modal yg dilaburkan untuk membeli warrant jenis ni akan hilang begitu sahaja.

Bagi warrant2 jenis CA, CB, .. harga exercise hanya akan digunakan untuk menilai sesuatu warrant pada expired date. Warrant2 jenis ini tidak boleh ditukarkan kepada mother share tetapi pada expired date, jika warrant2 ini mempunyai nilai berbanding exercise price, investment bank yg mengeluarkan warrrant tersebut akan membayar kepada pemegang warrant nilai tersebut. Tetapi jika warrant2 tersebut tiada nilai lagi pada expired date, pemegang2 warrant tidak akan mendapat apa2 bayaran dari bank2 yg mengeluarkan warrant.

Ini adalah risiko2 yg perlu diketahui oleh pelabur2 yg ingin melabur di dalam warrant. Bagi saya, warrrant2 jenis CA, CB, .. adalah sesuai untuk trading sahaja dan tidak sesuai untuk beli dan simpan kerana risikonya adalah agak tinggi. Bagi warrant2 jenis WA, WB, .. disebabkan tempoh didagangkan selalunya agak lama, lebih kurang 5-10tahun, jadi ia boleh disimpan dengan lebih lama bergantung pada prestasi mother share.

Saham Malaysia, warrant

Salam perkenalan,

Saya ingin bercerita mengenai pegalaman serta teknik2 saya melabur Bursa Malaysia selama ini. Juga di sini saya ingin berbincang dengan pembaca mengenai apa saja saham yg didagangkan di Bursa.

Saya adalah seorang yg aktif membuat urusan jual beli saham di Bursa Malaysia. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya membuat pembelian & penjualan saham. Saham2 yg menjadi minat saya adalah dari jenis warrant (wa, wb,...) & call warrant (ca, cb,...).

Kenapa saya berminat dengan warrant2 ni? Sebab.. bagi saya warrant2 ni senang nak ramalkan pergerakan dia kerana naik atau turunnya harga warrant2 ni adalah disebabkan oleh pergerakan mother share dia. Jadi jika mother warrant2 ni naik.. kebarangkalian warrantnya untuk naik adalah tinggi. Begitu jugalah sebaliknya jika mothernya turun.

Lagi satu.. warrant2 ni harganya adalah lebih murah jika dibandingkan dengan harga mother share. Jadi peratusan keuntungan adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan keungtungan jika membeli mother share.

Walaupun keuntungan warrant2 ni lebih tinggi dari mother share, risiko dia pun lebih tinggi dari mother dia. Salah satu risiko warrant2 ni adalah ia mempunyai tempoh tamat didagangkan (expired date). Bagi mother share, selagi ia tidak dikeluarkan dari Bursa atau digantung dagangan, ia akan tetap diniagakan sampai bila2, tetapi bagi warrant, ia ada tempot tamat didagangkan. Jadi untuk membeli warrant, antara perkara terpenting yg perlu diperhatikan adalah tempoh tamat warrant tersebut.

Bagi warrant jenis ca, cb,... jika tinggal lagi 2 bulan untuk tamat, saya tidak akan monitor atau bercadang untuk membelinya kecuali jika saya benar2 yakin yg mother dia akan naik dengan banyaknya. Bagi warrant2 jenis wa, wb, wc,... 6 bulan dari tempoh tamat adalah limit saya. Walaupun begitu, nilai warrant ni tetap bergantung pada harga exercise dan jenis2 warrant. Pada post seterusnya, saya akan ceritakan mengenai exercise price warrant2 ni.