Pemberitahuan: Segala tulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi penulis dan ia adalah bukan cadangan beli atau jual sesuatu saham. Penulis juga tidak bertanggung jawab jika belaku sebarang kesilapan, kekurangan atau kelewatan pada informasi yang ditulis. Sebarang keputusan adalah tanggungjawab pembaca sendiri.

Monday, September 24, 2012

Hari ini pasaran menunjukkan sesuatu iaitu... penjualan sedang berlaku. Pada awal pagi, indek jatuh sebanyak 27 mata dan seperti yg saya katakan sebelum ini, jika pasaran jatuh teruk, rebounce pasti berlaku. Sesiapa yg membeli di awal pagi tadi, petang tadi sudah boleh membuat sedikit keuntungan.

Pada saya, keadaan pasaran sekarang adalah tidak sesuai untuk menyimpan sebarang saham. Cara yg paling sesuai untuk melabur sekarang adalah 'hit & run'. Beli bila pasaran jatuh teruk dan jual bila ada keuntungan walaupun sedikit. Jangan mengharap sesuatu saham yg kita beli akan naik lebih tinggi. Keadaan pasaran sekarang adalah sangat berisiko. Bila2 masa sahaja saham yg kita beli atau pegang, boleh jatuh merudum. Ingat, beli dan bila ada untung jual atau bila rugi, 'cut loss' secepat mungkin. Capital kita adalah sangat penting sekarang. Boleh digunakan bila ada peluang pada masa hadapan. Atau pilah jalan selamat, tak perlu melabur sekarang. Simpan cash.

Walaupun pasaran jatuh sekarang, masih ada lagi saham2 yg saya rasa ada potensi untuk naik untuk jangkamasa pendek.

1. WCT - ada pemberian bonus & warrant. mungkin ini telah menarik minat pelabur2 untuk beli dan pegang saham ini. Beli bila jatuh dengan volume yg agak kurang.

2. KULIM - berkemungkinan ada teknikal rebounce dalam masa terdekat. Nampak seperti ada support sekarang. Harga terendah RM4.62. Sudah 3 hari betahan. Beli pada harga rendah. Jangan kejar bila dah terlepas.

Thursday, September 20, 2012

Pasaran merudum kembali

Hari ini pasaran kembali jatuh setelah beberapa hari naik kerana 'technical rebounce'. Technical rebounce adalah keadaan di mana sesuatu saham naik untuk seketika setelah jatuh teruk beberapa hari sebelumnya. Kebiasaannya technical rebounce ni akan berterusan selama 2-3 hari sahaja dan akan stabil atau jatuh semula bergantung pada sentimen pasaran. Sekali lagi diberitahu, technical rebounce ini berlaku pada saham2 yg jatuh teruk sahaja.

Untuk pelabur2 jangkamasa panjang, keadaan ini adalah tidak sesuai untuk melabur dan utk 'daily trader', technical rebounce ini adalah sesuai untuk mendapatkan keuntungan yg cepat. Tetapi ini adalah untuk trader2 yg berpengalaman sahaja. Jika sesuatu saham itu telah naik, adalah dinasihatkan jangan mengejar saham2 tersebut. Biarkan sahaja ia berlalu kerana ia pasti akan jatuh semula kerana technical rebounce ini.

Walaupun pasaran jatuh hari ini, tetapi perhatikan volumenya. Jika volumenya agak rendah pada penutup nanti dan hari2 seterusnya, akan ada peluang pasaran akan melakukan technical rebounce semula. Jadi di sini, kepada trader2, sudah boleh la mencari saham2 yg sedang jatuh teruk sekarang untuk kita cari keuntungan cepat. Tetapi saya nasihatkan, belilah sedikit2 sahaja kerana tiada siapa yg pasti apa akan jadi pada pasaran. Apa yg saya kata di sini semuanya hanyalah ramalan sahaja dan berdasarkan pengalaman saya. Adakalanya juga apa yg saya jangkakan tidak berlaku seperti diharapkan. Jadi, melaburlah dengan bijak.

Wednesday, September 12, 2012

USD indek

Kebelakangan ini USD indek dalam trend menurun. Kebiasaannya jika USD indek turun, indek pasaran saham akan naik terutamanya pasaran US & Europe. Jika USD indek terus turun, pasaran US akan naik dan jika dilihat pada trend2 terdahulu, pasaran kita juga akan mengikuti jejak pasaran US yg naik. Cuma pada masa sekarang, pasaran kita adalah dalam sentimen piliharaya dan berbelah bahagi samada mahu mengikuti trend US yg semakin naik atau tidak. Pada jangkaan saya, kalau US terus naik dalam seminggu dua ini, pasaran kita pun akan ikut naik. Jadi, bersedialah untuk membuat pembelian saham2 yg berkualiti.

Tuesday, September 11, 2012

Cash is king

Dalam keadaan market yg merudum macam sekarang,  adalah lebih baik utk pegang  sebeberapa banyak cash yg boleh. Peluang utk beli balik pada harga yg murah akan terbentang luas. Pelabur 2 cuma perlu bersabar sekarang. Jangan terburu-buru utk membeli. Tunggu confirmation yg market  akan naik balik, baru kita start membeli.

Jangan risau kita terlambat beli kerana kalau pasaran naik ia akan naik selama 3-4 bulan. Pasti akan ada saham-saham yg lambat naik. Saham itu yg akan kita beli nanti.

Monday, September 10, 2012

Sentimen Pilihanraya

Pilihanraya raya dah dekat. Nampak macam market sibuk menjual. Long term investor baik jual saja apa yg ada dan beli balik bila harga saham murah nanti.