Pemberitahuan: Segala tulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi penulis dan ia adalah bukan cadangan beli atau jual sesuatu saham. Penulis juga tidak bertanggung jawab jika belaku sebarang kesilapan, kekurangan atau kelewatan pada informasi yang ditulis. Sebarang keputusan adalah tanggungjawab pembaca sendiri.

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam semua,

Saham telah kembali aktif baru2 ini. Kita boleh lihat ada beberapa saham nak naik mendadak seperti, TIGER, UEMLAND, GPACKET dan banyak lagi. Pada saya, ini adalah tanda2 pasaran akan terus naik.

Memang menjadi kebiasaan saham akan naik pada hujung tahun bermula dari bulan Oktober hingga ke Disember. Pemilihan saham hendaklah betul untuk kita tidak terlepas peluang yang terhidang pada setiap hujung tahun kerana kalau tersalah pilih saham, takut2 saham tersebut adalah saham yg kurang aktif dan tidak naik seperti yang diharapkan.

Bagaimana memilih saham yang dijangka akan naik? Ini persoalan yg memang agak susah bagi ramai pelabur2. Kebiasaaannya, bagi pelabur2 yg berpengalaman, mereka telah ada saham2 yg sememangnya dalam perhatian mereka selama beberapa bulan. Jadi tidak sukar bagi mereka untuk memilih kerana telah biasa dengan trend saham tersebut.

Ada juga saham2 yg mempunyai berita menarik seperti GPACKET sekarang. Ada berita yg ia akan dibeli oleh TM. Perkara seperti ini adalah biasa dan kebiasaannya syarikat2 ini akan menafikan rumor tersebut untuk mengelakkan harga saham tersebut melambung tinggi terlalu cepat. Apa yg perlu kita perhatikan adalah volume dan pergerakkan harga saham GPACKET tadi dalam masa 1-2 minggu untuk memastikan yg rumor tadi betul atau sebaliknya. Jika volume tinggi dan harga agak sukar untuk jatuh, bermakna ramai pelabur mempercayai rumor tersebut dan ada kemungkinan yg saham ini akan naik lagi tinggi. Kita juga boleh pergi ke forum2 yg ada membincangkan pasal saham ini. Mungkin ada info2 yg berguna yg boleh membantu kita untuk membuat keputusan. Saya sekarang tengah pegang saham GPACKET ini kerana percaya yg kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang.

Saham TIGER, ini adalah saham spekulatif dan saya tidak mencadangkan untuk pelabur2 baru kerana saham ini boleh naik dan jatuh dengan cepatnya. Berhati2 kalau membeli saham ini. Nasihat saya, jangan simpan lama2 kalau ada untung jual atau kalau jatuh cepat2 cut loss.

UEMLAND, ada potensi untuk naik lebih tinggi tetapi perlu buat pembetulan dahulu kerana semalam telah naik dengan agak banyak.

Akhir sekali, Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua dan selamat bercuti bersama keluarga.