Pemberitahuan: Segala tulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi penulis dan ia adalah bukan cadangan beli atau jual sesuatu saham. Penulis juga tidak bertanggung jawab jika belaku sebarang kesilapan, kekurangan atau kelewatan pada informasi yang ditulis. Sebarang keputusan adalah tanggungjawab pembaca sendiri.

Wednesday, April 25, 2012

Ramunia

Ramunia tiba-tiba jadi aktif. Trading volume bertambah secara mendadak. Kebiasaannya jika ini berlaku, ada rumor2 yg bermain dikalangan pelabur. Kepada yg ada skill, ini adalah saham yg boleh buat duit. Pada masa market sedang turun, saham2 sebegini yg jadi perhatian pelabur. Jadi agak mudah untuk jangka tindakan pelabur2 lain. Jangan kejar saham2 sebegini, beli bila jatuh sahaja.

Monday, April 23, 2012

Pasaran saham sekarang

1. Hari ini pasaran luar jatuh banyak. Ada beberapa sebab pasaran jatuh sekarang ni. Salah satunya adalah keadaan Europe yg tak menentu sekarang ni. Ada juga pendapat mengatakan kejatuhan ini adalah pembetulan kepada kenaikan pasaran sejak Oktober tahun lepas. Kita kena sentiasa peka dgn pasaran luar kerana secara tak langsung pasaran kita juga dipengaruhi oleh pasaran luar ni.

2. JCY - telah break RM1.40 dgn volume. Di jangkakan saham ini akan terus naik. Walaubagaimanapun, kena berhati2 kerana pasaran saham yg tak menentu sekarang ni.

3. Rubber glove - Harga getah dalam trend yg menurun sekarang tetapi USD pula tidak menentu. Kebiasaannya, jika pasaran saham luar jatuh, USD akan naik dan ini juga akan diikuti dengan kejatuhan harga komoditi termasuklah getah. Jika ini berlaku, saham rubber glove akan jadi lebih menarik.

Thursday, April 19, 2012

1. Top Glove nampak macam cuba untuk naik. Jika top glove naik, saham & ruber glove juga akan naik. Kita tunggu. Tapi perhatikan USD & harga getah. Ramalan saya, top glove akan terus naik. cuma berapa laju je dia nak naik.

2. JCY masih lagi hot. Macam susah nak jatuh. Bila jatuh je, ada support. Kalau dia break RM1.40 dgn volume esok, ada harapan dia terus naik lagi. Setakat ni support kat RM1.31. Resistance kat RM1.40.

3. Saham2 lain yg menarik adalah saham2 ACE. Tapi ni kena main swing. tak boleh simpan lama-lama.

Monday, April 16, 2012

Saham rubber glove

Salam,

Hari ini harga getah semakin menurun. Kalau ini berterusan, dan USD pula naik, saham2 'rubber glove' akan jadi menarik utk short term trading. Saham2 pilihan utk sector ini adalah TOPGLOV, SUPERMX, IRCB, LATEXX & ADVENTA. Pandai2 la memilih. Kalau yg modal sikit tu, IRCB-WA nampak menarik utk beli dan simpan. Kalau yg banyak duit, boleh la sambar TOPGLOV. Dah banyak jatuh tu.

Saturday, April 14, 2012

Saham Pilihan

1. JCY - fundamental yg baik dan aktif sekarang ni. Beli bila jatuh dan stabil.

2. MSNIAGA - Nak bagi dividen 21sen pada 19/6/12. Sekarang harga RM2.36. Hampir 10% kalau harga sekarang. pada investor, 5% utk masa 3 bulan pun dah cukup baik.