Pemberitahuan: Segala tulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi penulis dan ia adalah bukan cadangan beli atau jual sesuatu saham. Penulis juga tidak bertanggung jawab jika belaku sebarang kesilapan, kekurangan atau kelewatan pada informasi yang ditulis. Sebarang keputusan adalah tanggungjawab pembaca sendiri.

Tuesday, November 13, 2012

Salam semua,

Keadaan pasaran sekarang adalah agak berisiko kerana trend pasaran luar negara menunjukkan yg pasaran mereka sedang menurun. Pendapat saya, pada pelabur2 yg memegang saham2 yg telah naik agak tinggi, boleh la mengambil untung sekarang. Kita lihat saham-saham syarikat telekomunikasi seperti, TM, Axiata, Digi & Maxis, kesemuanya telah turun dari paras tertinggi masing-masing. Trend menurun ini saya jangkakan akan berterusan dan ini akan menyebabkan saham-saham lain juga akan turut sama turun.

Walaubagaimanapun, masih ada saham2 yg saya rasakan boleh naik pada masa sekarang seperti saham rubber glove (Harta, Top Glove & Supermx). Syarikat2 rubber glove ini bergantung kepada eksport mereka ke US. Pada masa saham2 menurun, US indek pula akan meningkat. Ini akan menyebabkan nilai ringgit juga turut jatuh. Kadar tukaran matawang ringgit dengan US ini secara tidak langsung akan menambah sedikit keuntungan syarikat2 rubber glove ini jika nilai ringgit terus jatuh.

Seperkara lagi, kejatuhan sekarang juga akan menyebabkan harga komoditi seperti getah juga turut jatuh. Jadi kos pengeluran sarung tangan getah ini secara tidak langsung akan menurun dan akan memberi keuntungan yg lebih kepada syarikat2 yg berkaitan.

Atas dasar inilah yg saya rasakan syarikat2 berkaitan rubber glove akan di beri peratian oleh pelabur2 dimasa saham2 lain sedang merudum.